ASSALAMUALAIKUM W.T.B, dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi melawati Ruang Sastera saya ini. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan satu ruang ilmu yang dapat sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat dan berkongsi rasa mengenai dunia sastera kita.Ruang ini diwujudkan untuk memuatkan semua yang berkaitan dengan dunia kesusasteraan baik sastera tradisional mahupun sastera moden. Segala maklumat dan berita yang dipaparkan di ruang ini, di harap dapat membantu mereka yang ingin mengenali sastera dengan lebih dekat.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah tersayang Dr. Normaliza Abd Rahim serta tutor cik NorHidayati yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan ruang ilmu ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan memberi sokongan kepada saya. Akhir kata, saya harap ruang ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua termasuk diri saya. Sekian, terima kasih.