Selasa , 06 Disember 2011
Oleh Hafizah Iszahanid
[email protected]
2011/10/17
Khabar Dunia: Anugerah sastera dunia pinggir pengarang wanita?
SEJAK Hadiah Nobel Kesusasteraan dimulakan pada 1901, hanya 12 penulis wanita yang dinobatkan sebagai penerimanya, sekali gus dianggap angka yang sangat kecil dan tidak mencukupi.
Ini sama sekali jauh berbeza dengan kenyataan bahawa jualan novel di dunia dikuasai oleh penulis wanita setiap tahun sehingga hampir semua negara di dunia mencatatkan senarai 10 novel terlaris di pasaran didominasi pengarang wanita. Agatha Christie, Virginia Wolf dan Jane Austen adalah antara penulis wanita yang cukup terkenal namun sayang mereka tidak tersenarai dalam pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan.Tidak hairanlah di negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Australia pun, kepercayaan bahawa ‘penulis wanita dipinggirkan secara sistematik dalam penilaian hadiah perdana’ sudah lama bersarang dalam benak pengarang berkenaan.
Ia ditambah dengan sikap segelintir penulis lelaki yang secara terbuka menyifatkan penulis wanita tidak berbakat dan tidak setanding dengan mereka.
Misalnya, Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2001, Sir VS Naipaul dalam satu laporan akhbar The Guardian Jun lalu, menyifatkan tidak ada seorang penulis wanita pun yang boleh menulis sehebatnya kecuali Jane Austen.
“Penulis wanita itu berbeza. Saya boleh meneka sama ada seseorang penulis itu perempuan atau lelaki dengan hanya membaca dua tiga perenggan tulisan mereka. Mereka tidak sehebat saya,” Naipaul dipetik berkata.
Mungkin kerana keangkuhan seperti itu dan ketidakseimbangan antara senarai penerima hadiah sastera perdana dengan dominasi pasaran oleh penulis wanita, beberapa anugerah kesusasteraan diwujudkan khas untuk wanita.
Antaranya Hadiah Yayasan Rona Jaffe dan Anugerah Asham, manakala Hadiah Orange yang dianugerahkan di United Kingdom (UK) juga bakal dikembangkan di Australia.
Sebelum ini pun, Australia sudah pun memiliki hadiah kesusasteraan khusus untuk penulis wanita iaitu, Anugerah Kesusasteraan Kibble yang dipecahkan kepada dua bahagian, Hadiah Sastera Nita B Kiblle untuk karya penulis wanita mapan dan Hadiah Sastera Dobbie yang menilai novel sulung penulis wanita.
Selain itu, Australia juga memiliki hadiah sastera yang dianugerahkan setiap dua tahun, iaitu Biennial Literary Award for Women Writers in Australia.
Bagaimanapun, bukan semua penulis wanita ‘selesa’ dengan hadiah sastera bersifat gender begini seperti novelis, AS Byatt yang pernah mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan Hadiah Orange sebagai terlalu berat sebelah dan ‘sexist’, pada tahun lalu.
“Anda tidak akan menemui hadiah khusus untuk penulis lelaki. Penganjuran Hadiah Orange atas kepercayaan ada subjek berkaitan feminisme yang terlepas pandang tetapi saya tidak percaya,” Byatt dipetik berkata.
Pada 2008 pula, novelis, Tim Lott juga menyifatkan hadiah sastera yang khusus untuk penulis wanita sangat berat sebelah dengan hujah pasaran buku di seluruh dunia menyebelahi penulis-penulis wanita, sekali gus menyebabkan hadiah seumpama itu sangat tidak adil.
Dakwaan tujuan hadiah sebegitu bukan semata-mata mengiktiraf bakat penulis wanita sebaliknya lebih kepada strategi pemasaran itu, mungkin betul jika mengambil kira antara mereka yang berada di belakang tabir Hadiah Orange Australia adalah syarikat penerbit buku.
Sebenarnya, sejak Hadiah Orange diperkenalkan, ia kerap digasak dengan persoalan, apakah hadiah itu masih relevan jika dibandingkan dengan hakikat sebenar, betapa penulis wanita menguasai pasaran?
Atau benarkah penulis wanita sebenarnya mengejar dua kejayaan, iaitu kemenangan material dan keupayaan mendapat pengiktirafan.
Bagaimanapun, Hadiah Sastera Yayasan Rona Jaffe pula menggunakan mekanisme penghakiman dan perjalanan hadiah yang tidak jauh bezanya dengan kaedah yang diguna pakai Akademi Sweden untuk memilih penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan.
Justeru, enam anugerah diberikan kepada penulis-penulis wanita yang cemerlang dalam pengkaryaan mereka pada setiap tahun kerap kali dianggap ‘lebih baik sedikit’ daripada Hadiah Orange.
Sastera.com: Sastera wahana penting kanak-kanak Arab
Oleh Adli Shahar
[email protected]
2011/11/15
Penerima Hadiah Sastera Kanak-kanak Etisalat 2009, Nabiha Muhaidali.LAMAN sesawang The National di alamat www.thenational.ae menyorot usaha menjadikan karya sastera kanak-kanak di rantau Arab sebagai bahan mendekatkan mereka pada bahasa dan budaya mereka sebagai warga Asia Barat.
Pengasas Hadiah Sastera Kanak-kanak Etisalat, Sheikha Bodour Al Qasimi dilaporkan laman terbabit berkata, sastera kanak-kanak Arab boleh memainkan peranan penting dalam perkara terbabit.Pengarah Festival Sastera Emirates Airline, Isobel Abulhoul pula berpendapat, ketiadaan sastera Arab akan meninggalkan kanak-kanak rantau Asia timur mencari-cari identiti mereka dan sesuatu perlu dilakukan demi kebaikan generasi pada masa depan.
“Salah satu isu yang terpenting hari ini ialah identiti dan perkara yang mampu membantu ke arah pembentukan mahupun pemuliharaannya ialah bahasa ibunda, lalu tanpa buku tempatan yang dicetak dalam bahasa berkenaan, kanak-kanak akan kehilangan jati diri.
“Saya tidak nafikan bahawa mana juga pengarang boleh menulis mengenai dunia Arab, tetapi jika mereka bukan berasal dari sini, mereka tidak dapat menyampaikan cerita berkenaan dari kaca mata rakyat tempatan kerana pengalaman dan penafsiran masing-masing adalah berbeza,” katanya dalam laman sesawang terbabit.
Sheikha Bodour berkata, bagi Hadiah Sastera Kanak-kanak Etisalat tahun ini, sebanyak 10 buku dicalonkan dan pemenangnya akan diumumkan pada Pesta Buku Antarabangsa Sharjah yang berlangsung pada November ini.
“Buku yang dicalonkan bagi menerima anugerah berkenaan pada tahun ini meliputi pelbagai topik yang mencerminkan perubahan masa dan keyakinan yang semakin meningkat di kalangan penulis karya kanak-kanak Arab,” beliau dipetik berkata demikian dalam laman terbabit.
Anugerah berkenaan pada tahun lalu diberikan kepada penulis merangkap ilustrator, Walid Taher dan syarikat penerbitan Dar El Shorouk dari Mesir.