SITI HAJAR ISMAIL nama yang akhirnya telah dipersetujui keluarga untuk diberikan kepada gadis kecil molek ini. Lahir pada 20 November 1989 Saya merupakan anak jati benut, pontian, Johor. Kini,saya merupakan penuntut tahun akhir jurusan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,Universiti Putra Malaysia. Mula menceburi bidang sastera ketika berada di Tingkatan Enam. Jauh meninggalkan bidang sains yang dah belajar dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Cita-cita dari dulu sampai sekarang nak jadi peguam, tapi halangan keluarga yang tak merestui kerjaya tu.Cita-cita tetap tak akan berubah kan, yang berubah cuma kerjaya sahaja.ahha..kerjaya akan datang harap dapat jadi pegawai kerajaan.
Serba sedikit tentang saya ni, saya pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sejarah di Universiti Gadjah Mada, Indonesia. Tetapi, sebab bencana alam yang sering melanda negara jajahan belanda tu, ibu tersayang pula tak membenarkannya. Jadi, buatlah degree di UPM ni.
Bila sudah berada dalam dunia sastera ni, saya mula tahu apa keistimewaan sastera. Bila belajar subjek ni, saya mula rasa seronok. Lagi-lagi bila baca banyak hikayat-hikayat lama (yang orang lain tak nak baca), sejarah kesusasteraan (Sulalatus Salatin) dan sebagainya, banyak yang kita tak tahu sebelum ni sebenarnya. Contohnye, kalau sebelum ni kita belajar parameswara yang buka negeri Melaka. Mula daripada Paramesra sehingga kejatuhan Sultan Mahmud. Tapi, pernah tak kita tahu, siap Parameswara? Siapa keturunan dan ahli keluarga beliau? Berape orang adik-beradik .beliau? Semua tu kite akan tahu bila belajar sastera. Kata orang, sastera tak ke mana? betul ke? Tu semuanya bergantung kepada diri masing-masing. Kalau kita berada dalam bidang perubatan sekalipun, tapi kalau tak bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan, masih tetap tak akan ke mana,betul tak?