DEFINISI PANTUN
sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat bis pertama meraris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya... (Kamus Dewan)
pantun yang diterima umum sebagai puisi ciptaan asli orang Melayu: bukan saduran atau penyesuaian daripada puisi-puisi jawa, India, Cina dan sebagainya (Harun Mat Piah). Mulanya erti pantun ialah umpama, sepantun maksudnya seumpama (Ghazali Dunia, 1992:90). Walau bagaimanapun, bagi R.o. Winstedt (1991), banyak keraguan timbul bagi menentukan asal-usul perkataan pantun. Liaw Yock Fang (1993) pula menyebutkan pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan.
Perkataan pantun dikatakan berasal daripada Indonesia yang dianggap sebagai satu bentuk karma dari perkataan Jawa parik yang bererti pari, yang membawa maksud paribhasnya dalam bahasa Sanskrit atau peribahasa dalam bahasa melayu (R.O. Winstedt, 1992:193), Liaw Yock Fang, 1993:195). Menurut Dr. R.Brandstetter pula, perkataan pantun berasal daripada akar kata tun yang boleh dikesan penggunaan kata dalam bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam bahasa Tagalog disebut tonton yang diucapkan dalam aturan yang tertentu (R.O.Winstedt,1992:193). Dalam masyarakat Sunda, pantun bermaksud satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Masyarakat Melayu pula melihat pantun sebagai kuantrain, iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap.
JENIS-JENIS PANTUN
1. Pantun dua kerat
2. Pantun empat kerat
- Pantun kanak-kanak
- Pantun jenaka
- Pantun bersukacita
- Pantun berdukacita
- Pantun kiasan
- Pantun budi
- Pantun nasihat
- Pantun agama
- Pantun Kasih-sayang
- Pantun nasib
3. Pantun enam kerat
4. Pantun lapan kerat
5. Pantun sepuluh kerat
6. Pantun dua belas kerat
7. Pantun tiga belas kerat
8. Pantun berkait
Contoh:
a) Pantun Dua Kerat
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pat-pat siku lipat,
Siapa cepat dia dapat.
b) Pantun empat kerat
Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai,
Malam upah susu.
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
Jikalau lengang dalam negeri,
Marilah kita pergi ke kota,
Hairan tercengang Kucing berdiri,
Melihat tikus naik kereta.
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.
Sejak berbunga daun pandan,
Banyaklah tikus dikus di permatang,
Anak buaya datang pula,
Daun selasih kering berselerak;
Sejak semua dagang berjalan,
Tidak putus dirudung malang,
Banyak bahaya yang menimpa,
Lamun kasih berpaling tidak.
Pohon jati dihujung tanjung,
Singgah hinggap punai sekawan,
Mengebas kepak bulu melayang,
Terbang ke sarang menjelang malam,
Sedarlah diri badan terapung;
Menampung hidup di perantauan,
Tenaga dan nyawa bekal kekuatan,
Berpaut resah rindu terbayang,
Ke kampung halaman tidak pernah padam,
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi
Di bawa sultan dari Judah,
Padi yang jangan digempakan,
Kalau gempa antara gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Di situ ditanamkan pula;
Tuan di Mekah dan Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi,
Jika terbangun teringat semula.
Lebah terbebar terbang sekawan,
Hinggap di celah kayu berduri,
Alangkah cabar rupanya tuan,
Dagangan indah tidak terbeli.
Hinggap di celah kayu berduri,
Kepayang tumbuh di dalam lubang,
Dagangan indah tidak terbeli,
Sayang sungguh nyawanya hilang.
Beriring dengan si burung helang,
Bermain angin mencari ruang,
Berani mati bertindih tulang,
Itu namanya hidup berjuang.
Bermain angin mencari ruang,
Mencecah sampai hujung pelangi,
Itu namanya hidup berjuang,
Nama akan harum mewangi.

- Pantun Enam Kerat
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.
- Pantun Lapan Kerat
Sejak berbunga daun pandan,
Banyaklah tikus dikus di permatang,
Anak buaya datang pula,
Daun selasih kering berselerak;
Sejak semua dagang berjalan,
Tidak putus dirudung malang,
Banyak bahaya yang menimpa,
Lamun kasih berpaling tidak.
- Pantun Sepuluh Kerat
Pohon jati dihujung tanjung,
Singgah hinggap punai sekawan,
Mengebas kepak bulu melayang,
Terbang ke sarang menjelang malam,
Sedarlah diri badan terapung;
Menampung hidup di perantauan,
Tenaga dan nyawa bekal kekuatan,
Berpaut resah rindu terbayang,
Ke kampung halaman tidak pernah padam,
- Pantun Dua Belas Kerat
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi
Di bawa sultan dari Judah,
Padi yang jangan digempakan,
Kalau gempa antara gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Di situ ditanamkan pula;
Tuan di Mekah dan Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi,
Jika terbangun teringat semula.
- Pantun Berkait
Lebah terbebar terbang sekawan,
Hinggap di celah kayu berduri,
Alangkah cabar rupanya tuan,
Dagangan indah tidak terbeli.
Hinggap di celah kayu berduri,
Kepayang tumbuh di dalam lubang,
Dagangan indah tidak terbeli,
Sayang sungguh nyawanya hilang.
Beriring dengan si burung helang,
Bermain angin mencari ruang,
Berani mati bertindih tulang,
Itu namanya hidup berjuang.
Bermain angin mencari ruang,
Mencecah sampai hujung pelangi,
Itu namanya hidup berjuang,
Nama akan harum mewangi.