SAJAK
Sajak merupakan puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Sifat bebas yang dimiliki oleh sajak ini bermaksud keupayaan dan kesediaan sajak dalam menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk -bentuk yang sedia ada. Kebebasan sajak dalam aspek bentuk dapat dilihat melalui cara ianya dihasilkan dan ditulis. Namun, sajak masih lagi terikat dengan penerapan dan penggunaan bahasa sebagai medium penyampaian.
Persoalan sebenar tentang pengertian sajak masih lagi sukar didapati dengan tepat dan jelas. Malah ada yang keliru antara sajak dan puisi. Apa itu sajak? Sajak dan Puisi, sama atau tidak? persoalan-persoalan seperti ini seringkali didengari. Sajak adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan (H.B. Jassin). Maksudnya, sajak adalah suara hati atau luahan perasaan penyairnya. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat. Sajak terbentuk daripada kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik. Kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang dan bersifat harmonis antara kata dan maksud.
Menurut Za'ba, puisi adalah karangan berangkap. Katanya, puisi tidak memakai perenggan seperti prosa. Rangkap puisi lama (puisi konvensional) terdiri daripada baris tetap dan seimbang manakala puisi moden (sajak) ternyata sudah melanggar ciri konvensional seperti mana yang terdapat pada pantun dan syair.
Sajak zaman awal masih mengekalkan sebahagian besar ciri puisi yang konvensional itu tetapi lama kelamaan sajak menjadi semakin bebas sehingga akhirnya lahir apa yang dinamakan sajak eksperimen (merujuk kepada sajak-sajak 3V (yang dipelopori oleh A. Ghafar Ibrahim), sajak suku kata, dan sajak konkrit). Walaupun sajak eksperimen sukar mendapat tempat di media massa, kemunculannya tetap mewarnai peta puisi tanah air.
Kata Muhammad Haji Salleh, sajak adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Ini menjelaskan bahawa sajak itu indah dan merdu (apabila dideklamasikan). Seperti H.B Jassin, Muhammad Haji Salleh tetap mempertahankan bahawa sajak yang baik adalah sajak yang indah bahasanya dan dapat melancarkan kebijaksanaan (tidak kosong atau bombastik)
JENIS-JENIS SAJAK
Sajak yang suku kata akhirnya mempunyai bunyi bunyi yang sama seperti syair tetapi aspek yang lain
tidak.
Sajak ini memperlihatkan pengulangan bunyi dengan bunyi huruf vokal yang sama dalam hampir seluruh
baris.
Sajak ini memperlihatkan pengulangan konsonan yang sama pada kata awal.
Satu rangka menunjukkan bunyi di hujung baris yang sama tetapi tidak tersusun seakan-akan terdapat
pada gandaan tidak serupa.
Sajak ini tidak mempunyai bentuk yang sama, rupa, nahu, bunyi dan tatabahasanya.
Sajak ini tidak mempunyai keselarasan bentuk tetapi susunan ayat panjang yang patah-patah atau
dikerat-kerat serta bersambung pada baris-baris berikutnya.
Sajak ini disebut juga sajak percubaan yang dihasilkan dalam bentuk yang tidak menentu.
CONTOH-CONTOH SAJAK
DOA DI RAWDAH
Aku datang lagi Madinah
sambil mengungkap segala doa
di antara Taman Rawdah
Tuhan bukalah seluasnya
segala pintu ke ruang mahmudah
penuh takwa, keimanan, taubat
tak bisa menangis
sambil mengungkap kesal dan sesal
sesungguhnya memang rasa sendu dan lirih di kalbu
sungguh ada usaha tawaduk
namun bukan kerana tiada insaf
sungguh jika dapat diputar segala
akan diputar kembali ke awal
Zaiton Ajmain
Dewan Sastera, 2007
PEMERGIAN
Keberangkatan ini pun tertulis lagi
tertanya-tanya siapa
malah bertimpa-timpa
akur oleh undangan jauh
tidak tertuga
tidak tangguh
Gerombolan ini pun berlalu pergi
dalam tenang rindu
tersenyum teduh
meninggalkan daerah kacau
hingga kami menggelapar
dikoyak rindu
digoncang sendu
berzikir riuh
Hingga terlepas cinta dari pelukan
terlerai genggaman
terungkai ikatan
kekang satu demi satu
berturutan
Dalam diam
jemputan beralas kias petanda
lembut terpanggil namamu di sunyi pusara
tiada lagi usik mencuit hati
menyindir begini
bagaimana aku harus tertawa
Abd. Ghafar Bahari (Gopa)
Dewan Sastera, 2007
DALAM NAFAS BIDADARI
Dalam nafas bidadari
ada harum meniti nafas
memugar jalur pelangi cinta
di pautan senja yang rebah
selepas hujan renyai
tanpa angin selatan
Pelukan saujana mesra
adalah tanda kehangatan
yang terukir di setiap cinta
engkau, seorang wanita
jelmaan bidadari
hantaran pencipta teragung
dan aku, lelaki yang sentiasa
terpesona memintal kasih
terpukau menggengam setia
pada janji kepada-Nya
Ja'afar Hj Hamdan
Dewan Sastera, April 2009

- Sajak Penuh
Sajak yang suku kata akhirnya mempunyai bunyi bunyi yang sama seperti syair tetapi aspek yang lain
tidak.
- Sajak Paruh (Asonansi)
Sajak ini memperlihatkan pengulangan bunyi dengan bunyi huruf vokal yang sama dalam hampir seluruh
baris.
- Sajak Pangkal (Aliterasi)
Sajak ini memperlihatkan pengulangan konsonan yang sama pada kata awal.
- Sajak Rangka
Satu rangka menunjukkan bunyi di hujung baris yang sama tetapi tidak tersusun seakan-akan terdapat
pada gandaan tidak serupa.
- Sajak Lompang (Blank verse) atau sajak bebas (Free verse)
Sajak ini tidak mempunyai bentuk yang sama, rupa, nahu, bunyi dan tatabahasanya.
- Sajak Enjambermen
Sajak ini tidak mempunyai keselarasan bentuk tetapi susunan ayat panjang yang patah-patah atau
dikerat-kerat serta bersambung pada baris-baris berikutnya.
- Sajak Eksperimen